Ahad, 12 Disember 2021

DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA

                 DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA 




Kod Kursus          : MPU21032
Nama Pensyarah : Ustaz Faizal bin Mat Pesa
Program               : Akauntasi

Nama Ahli Kumpulan:

1) Muhammad Zulkifli Bin Mohd.Syaripuddin (14DAT21F1052)
2) Muhammad Darwish Haziq Bin Mohamad Haizat (14DAT21F1968)
3) Muhammad Farid Bin Mustaffa (14DAT21F1038)
4) Muhammad Danish Hasif Bin Mohamad Haizat (14DAT21F1067)

PENGENALAN

Dasar merupakan satu keputusan yang dibuat oleh individu dan kumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan negara bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan pembangunan negara. (ASAS/TERAS/PANDUAN/ATURAN)

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.


Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan negara. Sejak merdeka lagi, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini

Kesan Negara Tidak Mempunyai Dasar Kerajaan :

  • kelihatan pincang dan sukar bagi pemimpinnya memajukan sesebuah negara
  • pembangunan sukar dilaksanakan tanpa adanya dasar yang menjadi asas atau tapak yang kukuh.

  Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan perancangan dan melaksanakan pembangunan negara dengan lebih tersusun. Terdapat beberapa dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan negara iaitu

1) Dasar ekonomi baharu.

2) Dasar kebudayaan kebangsaan.

3) Dasar pendidikan negara.

4) Dasar sosial negara.

5) Dasar pembangunan nasional.

6) Dasar wawasan negara.

1) Dasar ekonomi baharu.



Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat yang serampang dua mata iaitu:

Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum 
   Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum. Ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum akan hanya mencetuskan suasana yang tidak harmoni akibat rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberikan banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil,penghuni estet,petani,nelayan dan pesawah.

Penyusunan Semula Masyarakat
   Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam perusahaan dan perniagaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. 

Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB:
  • Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan kurang berupaya.
  • Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu.
  • Menyusun semula pemilikan ekuiti.

Untuk memastikan DEB yang berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut mengembleng tenega dengan jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi bumiputera iaitu:
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
  • Perbadanan-perbadanan Ekonomi Negeri (PKEN)
  • Bank Negara
  • Bank Pembangunan Nasional Berhad 
  • Skim Amanah Saham Bumiputera
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN)

2) Dasar kebudayaan kebangsaan.



Kebudayaan ini berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. 

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.

   Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.

____________________________________________________________

    Terdapat tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

-Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau

   Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). 

Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

-Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai

  Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

-Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

   Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. 

Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Ianya menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara

____________________________________________________________

 Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. 

Usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan.
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan.
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.


3) DASAR PENDIDIKAN NEGARA



Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. 

Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan.

Tujuan dasar ini digubal bagi melindungi hak, status, prestij dan faedah bagi seluruh organisasi atau masyarakat. Dalam membentuk dasar tersebut ada unsur tekanan dan desakan agar dasar itu menjadi amalan dan menjamin kejayaan perlaksanaannya. Sesetengah dasar kerajaan dinyatakan secara formal dalam dokumen-dokumen urusan pentadbiran. Sebagaimana kita ketahui dasar pemerintah negara dapat dilihat pada undang-undang dan perlembagaan yang telah didaulatkan.

Dilihat aspek pendidikan sesetengah negara di dunia pengubalan dasar pendidikan mengambil kira berbagai-bagai aspek kehidupan masyarakat. Sama ada pendidikan formal atau tidak formal  dianggap agen yang dipertanggungjawabkan untuk proses sosialisasi dan pembudayaan ahli-ahli masyarakat khususnya generasi yang akan datang. Perubahan dasar ini tidak pula melangsungkan perubahan seluruh sistem pendidikan ia hanya berbentuk pengukuhan atau pemantapan kepada dasar-dasar yang sedia wujud.

Elemen yang mempengaruhi unsur dasar pendidikan ialah masyarakat. Masyarakat sebagai penentu kepada sistem pendidikan.

Oleh demikian pengubalan dasar dan keputusan mengenai urusan pendidikan negara ini dilakukan pada peringkat pusat tertinggi iaitu Kementerian Pendidikan. Dasar-dasar baru yang ingin dilaksanakan diumumkan secara langsung oleh Menteri Pendidikan atau melalui pekeliling-pekeliling rasmi ke Bahagian-Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Sekolah-Sekolah.


4) DASAR SOSIAL NEGARA


Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.

Dasar ini yang diluluskan oleh kabinet pada 19 Februari 2003 bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.

Setia panggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu-padu, berdayatahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama.

   Objektif Umum Dasar Sosial Negara ialah:

  • Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya jantina dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.
  • Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat.
  • Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
  • Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial dan Menjana sinergimulti.

5) DASAR PEMBANGUNAN NEGARA



Tahun 1990, menandakan berakhirnya RRJPI dan DEB. Dalam tempoh perlaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. 

   Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh, namun banyak kejayaan telah dicapaiJelas bahawa proses kejuruteraan (sosioeconomic engineering) ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amya. 

   RRJPK2 (1991-2000) telah digubal berasaskan DPN dan rancangan ini menandakan bermulanya satu lagi era baharu dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 

____________________________________________________________

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarkat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi.

Strategi perlaksanaan DPN merangkumi perkara berikut :

  • Mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama.
  • Memastikan pembangunan yang seimbang  bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan saksama.
  • Mengurangkan dan menghapuskan suasana sosial dan ekonomi yang tidak seimbang serta menggalakkan perkongsian yang adil daripada pembangunan Negara.
  • Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau menghapuskan jurang perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri-negeri dan kawasan-kawasan.
  • Membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi.
  • Memajukan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif.
  • Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi.
  • Memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunannegara dapat dikekalkan secara berterusan.


6) DASAR WAWASAN NEGARA




‘Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN adalah seperti berikut :
  • Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.
  • Pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan.
  • Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.
  • Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.
Teras Utama Dasar Wawasan Negara:

-) Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

-) Menggalakkan pewujudan masayarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah..

-) Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro

-) Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

-) Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.

-) Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

-) Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.



RUMUSAN

Dasar-dasar negara yang digubal oleh kerajaan bertujuan untuk menjadikan sebuah negara aman dan damai serta menstabilkan sistem didalam negara. Dasar-dasar kerajaan sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut pemimpin yang memimpin dalam suatu tempoh masa. Namun matlamat dasar-dasar tersebut masih sama walaupun mempunya sedikit perubahan. Selepas tercetusnya Tragedi 13 Mei segala dasar yang digubal khusunya pada awal tahun 1970-an adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara





7 ulasan:

DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA

                 DASAR-DASAR KERAJAAN KE ARAH PERPADUAN NEGARA  Kod Kursus          : MPU21032 Nama Pensyarah : Ustaz Faizal bin Mat Pesa Pr...